AL-FATIHAH – Dimaklumkan En. Muhamad Afandi Hamzah, Timbalan Pendaftar, Fakulti Kejuruteraan Awam telah kembali kerahmatullah pada tengahari tadi, 17 Mac 2016 di Pusat Kesihatan UTM akibat serangan jantung. Jenazah sekarang berada di rumah beliau, No. 33 Jalan Meranti 9, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. Akan dimandikan selepas 6.30 petang di Masjid UTM, Disembahyangkan selepas Maghrib dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai.
Seluruh warga PERTISAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman.