Fasa XI – Pembubaran persatuan

FASA XI

PEMBUBARAN PERSATUAN

11.1   Pembubaran

a)      Persatuan hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi hadir dalam sesuatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

b)      Sekiranya tercapai persetujuan bagi pembubaran Persatuan, maka satu jawatankuasa khas hendaklah dilantik untuk bertanggungjawab;

i.    Menutup kira-kira persatuan

ii.    Segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan oleh Persatuan.

iii.    Membahagikan segala wang dan harta benda mengikut cara yang ditentukan oleh mesyuarat agung/mesyuarat agung luar biasa untuk membubarkan Persatuan.

c)      Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu.