FASA VIII – Pemegang Amanah

8.1           Pemegang Amanah

8.1.1    Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan.  Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani satu surat amanah.

8.1.2    Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Persatuan.

8.1.3    Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung kerana disebabkan keuzuran seperti penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab-sebab lain yang menghalang beliau daripada menjalankan tugas atau pekerjaannya dengan sempurna.

8.1.4    Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung.