FASA II – Matlamat dan Objektif

FASA II

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1       Matlamat

a)   Menjaga kebajikan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas

b)   Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli

c)   Menegak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokratik

d)   Mengada dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan

e)    Memajukan bidang pentadbiran, ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej universiti.

 

2.2       Objektif

2.2.1    Tujuan-tujuan Persatuan ialah :-

a) Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Teknologi Malaysia

b)  Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti

c)  Memelihara matlamat Universiti

d)  Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli

e)  Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan dasar Persatuan

f)   Bekerjasama dengan lain-lain Pertubuhan yang berdaftar di Malaysia yang sesuai dengan dasar Persatuan

g)  Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli

h) Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.