FASA I – Nama Alamat dan Takrif

FASA 1

NAMA, ALAMAT DAN TAKRIF

1.1 Nama

Persatuan ini dikenali sebagai “PERSATUAN PEGAWAI PENTADBIR DAN IKHTISAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA” dan nama ringkasnya “PERTISAS”. Selepas ini disebut “Persatuan”.

1.2 Alamat Berdaftar
Alamat berdaftarnya ialah di :-
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Bahru.

Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

1.3 Takrif

 

a) “Persatuan” bermakna Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Teknologi Malaysia.

b) “Dasar” bermakna segala keputusan yang diambil oleh mesyuarat agung.

c) “Jawatankuasa” bermakna jawatankuasa seperti yang ditubuh mengikut Fasal V

d) “Ahli” bermakna keahlian yang diterima menurut perenggan 3.1.1

e) “Universiti” bermakna Universiti Teknologi Malaysia

f) “Pegawai Kanan” Universiti bermakna naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Pustakawan dan Pengarah Kerja.

g) “Kakitangan akademik” bermakna kakitangan yang bertugas di bawah Skim Pensyarah.