Insentif Ahli

Senarai Insentif khusus untuk Ahli PERTISAS (dicadangkan AGM 16 Mac 2022) :

1. Hadiah Insentif Pelajaran Anak
  • Mendapat CGPA >=3.5 (Diploma)  – RM100
  • Mendapat CGPA >=3.5 (STPM)  – RM100
  • Mendapat 7A (SPM) – RM 100
  • Mendapat Mumtaz (Sijil Menengah Agama) – RM100
2. Hadiah Perkahwinan
  • Hadiah ini diberi kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan bagi kali pertama sahaja iaitu sebanyak RM 100
3. Khairat Kematian
  • Ahli akan menerima sumbangan sebanyak RM 200
  • Pasangan, Anak serta Ibu/Bapa kandung akan menerima sumbangan sebanyak RM 100
4. Sakit
  • Sekiranya ada ahli yang sakit dan menerima rawatan di hospital (tinggal di wad), persatuan akan memberi buah tangan bernilai RM 50
5. Bersara
  • Sekiranya ada ahli yang berhenti/bersara dari perkhidmatan UTM, persatuan akan memberi hadiah cenderahati tidak melebihi RM 200
6. Kelahiran Cahaya Mata
  • Sekiranya ada ahli yang menerima kelahiran cahaya mata, persatuan akan memberi sumbangan bernilai RM50
7. Bencana Alam
  • Sekiranya ada ahli yang mengalami bencana alam seperti banjir, kebakaran dan sebagainya, persatuan akan memberikan sumbangan sebanyak RM200
8. Menunaikan Haji 
  • Sekiranya ada ahli yang akan menunaikan ibadah haji, persatuan akan memberikan sumbangan sebanyak RM100
9. Kemudahan pinjaman (AGM 23 Februari 2023)
  • Kemudahan pinjaman untuk anak staf kembali ke sekolah. PERTISAS membenarkan skim pinjaman ahli sebanyak RM 500
10. Peningkatan Akademik Ahli (AGM 25 Mac 2024)
  • Sarjana Muda: RM 200
  • Sarjana: RM 250
  • PhD: RM 300

Borang Skim Kebajikan & Insentif PERTISAS (Google Form)

UTM Open Day