FASA III – Keahlian

FASA III

KEAHLIAN

3.1   Keahlian

3.1.1    Ahli

Keahlian terbuka kepada semua pegawai pentadbir dan ikhtisas di Universiti Teknologi Malaysia kecuali kakitangan akademik dan pegawai kanan universiti.

3.1.2   Kaedah Perlantikan Ahli

a)        Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Persatuan serta hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.  Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

b)           Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

3.1.3   Yuran

a)                 Semua ahli dikenakan membayar yuran masuk sebanyak RM 10.00.

b)                 Yuran keahliaan bagi setahun ialah RM 60.00.  Sebarang perubahan kadar yuran hendaklah diputuskan oleh Mesyuarat Agung.

c)                  Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu di dalam bulan Januari tiap-tiap tahun.

d)                 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

e)                 Ahli yang membiar hutangnya lebih dari 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan, dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

f)                   Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

g)                 Yuran-yuran khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti yuran tahunan.

3.1.4   Berhenti Menjadi Ahli

a)                 Ahli yang hendak berhenti dari Persatuan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya seminggu secara bersurat kepada Setiausaha Kehormat dan hendaklah menjelaskan segala hutang-hutangnya.

b)                 Keahlian seseorang itu gugur dengan sendirinya jika ia berhenti atau meletakkan jawatan di Universiti ini.

3.1.5   Hak Ahli

a)                 Kecuali dinyatakan dalam Perlembagaan, semua ahli Persatuan adalah mempunyai hak yang sama dalam Persatuan.

b)                 Ahli berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi dan dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.  Apabila ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atah Bendahari Kehormat maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan, setelah dibuat peraku-janji dengan pihak bank berkenaan.

d)       Perbelanjaan yang melebih RM 1000/- bagi sesuatu masa boleh dibayar dengan kelulusan oleh Jawatankuasa.  Perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000/- bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.  Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1000/- bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Bendahari Kehormat bersama Setiausaha Kehormat dan Presiden.

e)       Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira mengikut undang-undang 7.1 dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat tahunan yang berikutnya, dan salinan-salinan hendaklah dibekalkan untuk memaklumkan ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi persatuan.

f)                   Tahun kewangan persatuan bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

g)                 Ahli yang ingin mengetahui Tabung Persatuan boleh berbuat demikian setelah memberi notis untk memeriksa semua buku dan akaun Persatuan dan nama-nama ahli pada bila-bila masa di tempat rekod berkenaan disimpan.

3.1.6   Kewajipan Ahli

a)                 Adalah menjadi kewajipan setiap ahli mempastikan yurannya telah dijelaskan dengan tetap dan menepati masa.

b)                 Seseorang ahli adalah dikehendaki patuh kepada peraturan Persatuan.

c)                  Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan awam melalui media masa mengenai persatuan.

d)                 Adalah menjadi kewajipan ahli menggunakan cara rundingan dalam keadaan yang bertanggungjawab.

e)                 Menghormati dan patuh kepada Perlembagaan Persatuan dan Dasar Persatuan dan juga keputusan Mesyuarat Agung.