FASA X – Larangan

FASA X

LARANGAN

10.1      Larangan

a)                 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mengambil bahagian atas nama Persatuan, di dalam gerakan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

b)                 Persatuan ini tidak boleh menjalankan semua aktiviti yang ada kaitan dengan perjudian dan bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang suci, sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli.

c)                  Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.