FASA VII – Pemeriksaan Kira-kira

7.1           Pemeriksa Kira-kira

Dua orang bukannya ahli Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik dua tahun sekali di dalam mesyuarat agung tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat.  Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.  Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang Dipertua memeriksa kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.