Program ini telah diadakan pada 13 Mei 2016 bertempat di Dewan Seminar, Menara Razak, UTMKL bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penghayatan staf UTMKL terhadap hala tuju UTMKL sebagai sebuah entiti UTM yang berautonomi. Seramai 136 orang Staf Bukan Akademik UTMKL Gred 27 dan ke atas telah menyertai sesi ini. Dalam sesi ini, isu-isu pokok berikut telah dikupas dan disampaikan oleh YBhg. Pengarah Kampus:

a)Apakah harapan pihak pengurusan tertinggi UTMKL terhadap fungsi dan peranan staf bukan akademik dalam merealisasikan Plan Trasformasi UTMKL; dan

b)Bagaimanakah staf bukan akademik boleh membantu universiti dalam mendepani cabaran konsep LifeStyle@UTMKL

Di samping itu, program lain yang turut dijalankan bersama program ini adalah program majlis penghargaan kepada Ahli PERTISAS yang bakal bersara dan telah bersara, pasangan yang melangsungkan perkahwinan dan juga penyerahan sijil penghargaan kepada penganjur program-program di bawah PERTISAS.

Picture10 Picture15 Picture14 Picture13 Picture11 Picture12