5.1 Jawatankuasa
a) Jawatankuasa adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran dan menguruskan hal ehwal Persatuan, termasuk hal pertikaian kerja dalam masa di antara dua mesyuarat agung tahunan.
b) Jawatankuasa akan mengandungi seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Kehormat, seorang Penolong Setiausaha Kehormat, seorang Bendahari Kehormat, seorang Penolong Bendahari dan 12 orang Ahli Jawatankuasa. Ahli-ahli Jawatankuasa akan dinamakan pegawai-pegawai Persatuan. Mereka hendaklah dilantik dua tahun sekali di dalam mesyuarat agung tahunan dengan undi sulit oleh seluruh ahli. Ahli-ahli jawatankuasa hendaklah memegang jawatan dari satu Mesyuarat Agung Tahunan ke Mesyuarat Agung Tahunan dua tahun sesudah itu, dengan syarat sekiranya pada suatu mesyuarat agung luar biasa suatu usul ‘ tidak percaya’ terhadap Jawatankuasa telah diluluskan oleh dua pertiga suara teramai, Jawatankuasa hendaklah dengan serta merta bertugas sebagai pengurus sementara, dan di dalam tempoh sebulan setelah mesyuarat agung luar biasa itu, ia hendaklah berikhtiar mengadakan perlantikan semula pegawai-pegawai, dilaksanakan dengan undi sulit. Pegawai-pegawai yang dilantik dengan cara ini hendaklah memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang. Apabila sahaja berlaku pertukaran pegawai-pegawai di dalam masa satu minggu pegawai-pegawai atau Jawatankuasa yang bakal meninggalkan jawatan hendaklah menyerahkan kepada pegawai-pegawai atau Jawatankuasa yang bakal memegang jawatan segala rekod-rekod berhubung dengan jawatannya.
c) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 bulan sekali, dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangan ahlinya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa hendaklah disahkan di dalam mesyuarat-mesyuarat biasanya.
d) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha, dengan arahan atau persetujuan Presiden. Pengumuman mengenai mesyuarat hendaklah diberikan selama lima hari penuh terlebih dahulu. Permintaan dari ahli-ahli Jawatankuasa supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan bersurat dan dihantarkan kepada Setiausaha Persatuan.
e) Apabila berlaku sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan Jawatankuasa dengan serta-merta dan tidak pula dapat diadakan mesyuarat tergempar, maka boleh Setiausaha Persatuan, dengan persetujuan Presiden mendapatkan keputusan dengan jalan surat pekelilingan. Syarat-syarat yang tersebut di bawah ini hendaklah disempurnakan sebelum perkara ini boleh dianggap sebagai telah diputuskan oleh Jawatankuasa.
i) Perkara dan tindakan yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dengan jelasnya dan salinan surat pekeliling itu disampaikan kepada semua Ahli Jawatankuasa.
ii) Sekurang-kurangnya setengah dari jumlah Ahli Jawatankuasa hendaklah menyatakan dengan tulisan sama ada mereka itu bersetuju atau tidak dengan cadangan yang tersebut; dan
iii) Suara yang terbanyak dari mereka yang menyatakan pendapatnya adalah menjadi keputusan.
f) Keputusan yang didapati dengan jalan surat pekelilingan itu hendaklah dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan di daam mesyuarat Jawatankuasa yang akan datang dan dituliskan di dalam minit mesyuarat itu.
g) Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri tiga kali mesyuarat berturut-turut tidak lagi berhak menyandang jawatannya melainkan jika dapat ia memberi alasan yang memuaskan kepada Jawatankuasa.
h) Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Ahli Jawatankuasa maka calon yang mendapat undi yang kedua terbanyak bagi jawatan itu dalam masa undian yang lalu akan dijemput memenuhi tempat yang kosong itu. Jika calon itu tiada atau ianya enggan menerima jawatan maka Jawatankuasa berkuasa melantik mana-mana orang ahli bagi memenuhi tempat kosong itu.
i) Jawatankuasa hendaklah mengawal wang Persatuan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau ditipu. Maka dengan perintahnya, Setiausaha Persatuan atau pegawai-pegawai yang lain akan mendakwa di mahkamah seseorang pegawai, kakitangan Persatuan ataupun ahli kerana menipu atau mengambil wang atau harta kepunyaan Persatuan.
j) Jawatankuasa akan memberi perintah kepada Pemegang-pemegang Amanah berkenaan dengan penamaan modal dengan wang persatuan.
k) Jawatankuasa boleh menggantung atau memecat dari keahlian atau melarang dari memegang jawatan, seseorang ahli yang pada pendapatnya bersalah kerana cuba hendak merosakkan Persatuan atau melakukan perbuatan yang melanggar Peraturan-peraturan Persatuan atau membuat atau dalam sebarang cara mencerca Persatuan, pegawai-pegawai atau dasar Persatuan. Perintah penggantungan, pemecatan atau larangan itu hendaklah menyatakan dengan jelasnya bentuk dan alasan-alasan bagi penggantungan, pemecatan atau larangan tersebut. Perintah itu juga hendaklah menyatakan tempoh ianya berkuatkuasa dan syarat-syarat yang membolehkan ia ditarik balik. Ahli-ahli yang telah digantung faedahnya, dipecat atau dilarang demikian itu bagaimanapun adalah berhak untuk merayu kepada Mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan baginya itu adalah muktamad.
l) Dalam masa di antara dua Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa akan mentafsirkan Peraturan-peraturan Persatuan dan apabila mustahak akan memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam peraturan-peraturan ini.
m) Kecuali keputusan-keputusan yang berkehendakkan undi sulit maka keputusan-keputusan Jawatankuasa hendaklah ditaati oleh sekelian ahli Persatuan melainkan dan sehingga dibatalkan oleh suatu ketetapan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung.
5.2 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
5.2.1 Presiden
a) Presiden dalam masa memegang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat yang telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek persatuan bersama-sama dengan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.
b) Presiden dan Setiausaha adalah menjadi jurucakap rasmi bagi pihak persatuan.
c) Bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat menandatangan cek-cek bagi pihak persatuan.
d) Menguruskan pentadbiran am dan hal ehwal persatuan.
5.2.2 Timbalan Presiden
Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Presiden hendaklah
a) Menggantikan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab tertentu.
b) Bertanggungjawab mengenai kebajikan ahli-ahli persatuan
5.2.3 Naib Presiden
a) Naib Presiden 4 orang
i) Bertanggungjawab mengenai hubungan luar kampus
ii) Mengetuai jawatankuasa sambutan persatuan
iii) Menyambut dan menguruskan tetamu persatuan
iv) Bertanggungjawab mengenai hal-hal penerangan persatuan.
c) Notis dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat dari tujuh hari sebelum tarikh Mesyuarat yang telah ditetapkan.
d) Peruntukan pada Fasal IV 4.1 (e) hendaklah dipakai untuk tujuan Mesyuarat Agung Luar Biasa. Walaubagaimanapun jika selepas satu jam daripada masa dan tarikh mesyuarat ditentukan, jika kehadiran tidak mencapai korum yang ditetapkan maka mesyuarat hendaklah dibatalkan dan tidak ada lagi mesyuarat agung luar biasa yang diminta boleh diadakan untuk tujuan yang sama sehingga ke satu tempoh tidak kurang dari tiga bulan dari tarikh tersebut
5.2.4 Setiausaha Kehormat
a) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat, kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.
b) Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani cek-cek persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari Kehormat. Setiausaha hendaklah di dalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirim penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
5.2.5 Penolong Setiausaha Kehormat
a) Membantu Setiausaha Kehormat menjalankan kerja-kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan membantu Setiausaha Kehormat menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan jawatankuasa.
b) Membantu Setiausaha Kehormat membuat catatan-catatan mesyuarat jawatankuasa dan menjalankan tugas-tugas lain mengikut ketetapan yang dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa.
5.2.6 Bendahari Kehormat
Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan persatuan. Bertugas membuat dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab ke atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan.
5.2.7 AJK Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa.
5.3 Kewangan
b) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah.
c) Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan panjar runcit tidak lebih daripada RM 500/- pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank ini hendaklah di atas nama Persatuan.
d) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira hendaklah ditandangani bersama Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.