PERTISAS ditubuhkan berlandaskan objektif-objektif berikut:-
- Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti.
- Memelihara matlamat Universiti.
- Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli.
- Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan dasar persatuan.
- Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli.
- Mengemukan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.