PERTISAS, atau Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UTM, merupakan salah sebuah persatuan di UTM yang ahli-ahlinya terdiri daripada Pegawai-pegawai Kumpulan A & B.
Matlamat penubuhan PERTISAS ialah:-
- Menjaga kebajikan pegawai pentadbir dan ikhtisas
- Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli.
- Menegak dan mengukuhlan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokratik.
- Menjaga dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan.
- Memajukan bidang pentadbiran, ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti.