Jabatan Pendaftar UTM dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) akan menganjurkan Konvensyen Pentadbir 2019. Program ini merupakan salah satu platform perkongsian idea, pengetahuan dan pengalaman untuk staf pengurusan dan professional tentang amalan-amalan terbaik, pengurusan dan pentadbiran kreatif dan inovatif, kesejahteraan pembelajaran yang berterusan yang boleh dilaksanakan dan diamalkan oleh organisasi di Malaysia. Tema konvensyen ialah Pentadbir Sejahtera Aspirasi Negara. Penyertaan semua kumpulan pengurusan dan professional dari pelbagai organisasi adalah dialu-alukan. Pendaftaran bagi persidangan telah dibuka. Borang pendaftaran dan maklumat yang berkaitan boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.utm.my/konvensyenpentadbir/.

TARIKH :
2-3 Oktober 2019

LOKASI/TEMPAT :
Hotel KSL, Johor Bahru

TEMA:
Pentadbir Sejahtera Aspirasi Negara

SUB-TEMA
• Kesejahteraan Pendidikan dan Sains Kemanusiaan
• Kelestarian Sains dan Teknologi
• Kreativiti Pengurusan dan Pentadbiran

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan sila layari https://www.utm.my/konvensyenpentadbir/

EMAIL URUS SETIA :
konvensyenpentadbir@utm.my