Senarai Insentif khusus untuk Ahli PERTISAS (dicadangkan AGM 16 Mac 2022) :
1. Hadiah Insentif Pelajaran Anak
- Mendapat CGPA >=3.5 (Diploma) – RM100
- Mendapat CGPA >=3.5 (STPM) – RM100
- Mendapat 7A (SPM) – RM 100
- Mendapat Mumtaz (Sijil Menengah Agama) – RM100
2. Hadiah Perkahwinan
- Hadiah ini diberi kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan bagi kali pertama sahaja iaitu sebanyak RM 100
3. Sumbangan Kematian
- Ahli akan menerima sumbangan sebanyak RM 200
- Pasangan, Anak serta Ibu/Bapa kandung akan menerima sumbangan sebanyak RM 100
4. Sakit
- Sekiranya ada ahli yang sakit dan menerima rawatan di hospital (tinggal di wad), persatuan akan memberi buah tangan bernilai RM 50
5. Bersara
- Sekiranya ada ahli yang berhenti/bersara dari perkhidmatan UTM, persatuan akan memberi hadiah cenderahati tidak melebihi RM 200
6. Kelahiran Cahaya Mata
- Sekiranya ada ahli yang menerima kelahiran cahaya mata, persatuan akan memberi sumbangan bernilai RM50
7. Bencana Alam
- Sekiranya ada ahli yang mengalami bencana alam seperti banjir, kebakaran dan sebagainya, persatuan akan memberikan sumbangan sebanyak RM200
8. Menunaikan Haji
- Sekiranya ada ahli yang akan menunaikan ibadah haji, persatuan akan memberikan sumbangan sebanyak RM100
Borang Skim Kebajikan & Insentif PERTISAS (Google Form)