Delegasi Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang diketuai oleh Timbalan Presiden, En. Mohd. Raizalhilmy bin Mohd. Rais (UMP) telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam Malaysia yang juga Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 21 Mac 2016 bertempat di Pejabat Pendaftar UPM. Program ini sememangnya berada dalam agenda dan kalendar MASTI untuk 2016. Ianya berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.30 petang dalam suasana yang penuh harmoni dan sarat dengan perkongsian pengalaman serta informasi terkini berkaitan peranan dan kedudukan Pentadbir masa kini.
Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya sekaligus memperkukuhkan jalinan kerjasama atau engagement ke arah merealisasikan perjuangan memartabatkan profesyen Pentadbir seiring dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pengajian Tinggi (PPPM-PT). Kehadiran sepanjang program tersebut turut disertai bersama oleh Setiausaha Kehormat MASTI, Pn. Siti Nurbaya binti Ismail (USIM), Bendahari Kehormat MASTI, En. Mohd. Najib bin Mohamed (UPSI), Presiden Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM (PRAGMATIS), En. Mohd. Asri bin Husain, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UPM, Dr Razali bin Othman, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMT (PERENTAS), En. Wan Mohd. Wazir bin Wan Abdul Wahab dan Setiausaha Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UM, Pn. Siti Salwa binti Md. Padzil.
Penglibatan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UTM (PERTISAS) pula adalah dengan penyertaan En. Mohd. Fazilah bin Abdullah, Timbalan Presiden yang juga merangkap Penolong Setiausaha MASTI semasa program tersebut.
Sesi bergambar bersama Pendaftar UPM merangkap Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam Malaysia (tengah berbaju biru)