FASA XI
PEMBUBARAN PERSATUAN
11.1 Pembubaran
a) Persatuan hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi hadir dalam sesuatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
b) Sekiranya tercapai persetujuan bagi pembubaran Persatuan, maka satu jawatankuasa khas hendaklah dilantik untuk bertanggungjawab;
i. Menutup kira-kira persatuan
ii. Segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan oleh Persatuan.
iii. Membahagikan segala wang dan harta benda mengikut cara yang ditentukan oleh mesyuarat agung/mesyuarat agung luar biasa untuk membubarkan Persatuan.
c) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu.