Program Bicara Karya bersama penulis buku berjudul Mentaliti Jamban, En Khairul Abdullah  telah diadakan di Dewan Seminar, Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) pada 27 Mei 2016. Seramai 120 orang warga UTMKL telah menghadiri program bicara karya ini. Pengarah Kampus Lestari UTM Johor Bahru; Prof. Madya Dr. Fadhil Mohd Din telah menjadi moderator untuk sesi ini. Penulis telah mengupas beberapa kandungan dalam buku yang berkaitan dengan mentaliti masyarakat di Malaysia dan perbandingan dengan sikap serta mentaliti masyarakat negara-negara maju. Isu berkaitan pemilihan tajuk “jamban” juga dikongsi bersama. Perkataan “jamban” itu sendiri sudah menunjukkan sejauh mana tahap pemikiran masyarakat kita yang dilihat semakin tenat dan kebanyakannya dipenuhi dengan unsur negatif. Penulis berharap melalui medium penulisan, ia dapat menjadi pemangkin kepada perubahan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia. Komuniti UTM diharap dapat menyokong serta bersama-sama melakukan perubahan demi merealisasikan Wawasan 2020 sebagai negara maju bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga mempunyai sikap dan mentaliti kelas pertama.

Picture23 Picture24 Picture25 Picture26