Satu program rekreasi luar trekking dan perkhemahan telah diadakan pada 22 hingga 24 April 2016 bertempat di Lubuk Tedung, Kg. Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Program yang turut mendapat sokongan daripada BAKES ini disertai oleh 18 orang peserta di kalangan staf yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 3 orang wanita. Pelbagai aktiviti sebagai pengisian program telah dijalankan antaranya seperti aktiviti trekking, mendaki, perkhemahan, ‘river exploration’, ikhtiar hidup, memancing dan memasak sendiri.

Picture1 Picture2 Picture3 Picture4 Picture5 Picture6 Picture7 Picture8 Picture9