Pada 5 Jun 2016 dan 23 Jun 2016 yang lepas, Biro Kebajikan PERTISAS telah mengambil inisiatif untuk membuat lawatan kebajikan ke rumah-rumah ahli PERTISAS. Pada lawatan pertama pada 5 Jun 2016, Biro kebajikan telah ke rumah Cik SITI NORULHANA BT HJ MISKAN, Pegawai Seni Reka, Penerbit UTM Press di Taman Nusa Bestari, Skudai yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Lawatan ini telah disertai oleh Ketua Biro Kebajikan Puan Saidatul Akmar Mohd Sazali dan jawatankuasa nya iaitu Puan Najwa Mohamed dan Puan Nurazlyna Mohd Marjid. Pada lawatan kedua pada 23 Jun 2016 pula, Biro Kebajikan telah ke rumah Pn. NORAZLINA MD ZAID, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar di Kulai. Lawatan ini telah disertai oleh Ketua Biro Kebajikan Puan Saidatul Akmar Mohd Sazali dan jawatankuasa nya iaitu Puan Najwa Mohamed. Pihak biro juga telah menyampaikan INSENTIF AHLI kepada kedua-dua ahli PERTISAS tersebut.
Pn. Najwa Mohamed (Exco Biro Kebajikan), Cik Siti Norulhana Hj. Miskan, Pn. Saidatul Akmar Mohd Sazali (Ketua Biro Kebajikan) & Pn. Nurazlyna Mohd Marjid (Exco Biro Kebajikan).
Pn. Saidatul Akmar Mohd Sazali (Ketua Biro Kebajikan) di rumah Pn. Norazlina Md Zaid (kanan)