Sebagai salah satu usaha untuk menanamkan rasa kasih pada kalam Allah serta membudayakan Al-Quran dalam kehidupan setiap individu terutama pada para ahli PERTISAS maka, program Khatam Al-Quran PERTISAS telah dimulakan pada tahun 2016.
Biro Kerohanian mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Haji Abu Bakar Mohd Salleh@Ahmad kerana telah memula dan menyelaraskan program berkenaan yang sangat memberi manfaat terutama sebagai galakan untuk setiap individu khatam 30 juzuk pada tahun ini sekurang-kurang sebanyak 2 kali. Seramai 28 orang ahli telah terlibat dan melibatkan 2 orang individu dari kariah luar.
Program Khatam PERTISAS telah melalui 4 siri iaitu pada 10 hingga 20 Mac 2016, 21 hingga 31 Mac 2016, 1 hingga 12 April 2016, 13-24 April 2016. Pada tarikh 23 jun 2016, Biro kerohanian telah merancang untuk mengadakan Program Khatam Al-Quran PERTISAS bersama dengan Iftar dan Khatam Al-Quran Perdana di peringkat Universiti.
Ahli PERTISAS diberi ruang dan peluang untuk menginfaqkan harta melalui jualan Dulang Nasi Arab Kambing 40. Ahli yang berkenaan juga akan iftar bersama-sama pelajar bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dengan makan menggunakan dulang yang sama.